Ain & Maulana Dah Putus Cinta Pulak?

Credit To:Murai.com.my
Nasihat dari Cik Yaya:Korg jangan percaya sangat ngan benda ni..Tau lah kan,murai tu..
Name pun dah murai..so ape nak buat..jadi diorg tu Mulut Murai..jgn percaya sangat okay... 

14 OGOS 2010: Ketika Murai Batu ala-ala demam Akademi Fantasia 8 (AF8), Murai Batu dapat tahu kecoh orang bercakap tentang si Ain dan Maulana yang dikatakan sedang hangat bercinta.
Namun, bila kawan baik Murai Batu bertanya soalan akan hal ini kepada kedua bintang AF8 yang masing-masing popular dengan single Penanggung Sepi (Ain) dan RSVP (Maulana), tidak pula mereka mengiyakan atau menafikan hubungan mereka ini.
Malah, masing-masing ada memberitahu bahawa hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan. Atau senang cakap macam tajuk lagu kumpulan Ratu dari Indonesia...Teman Tapi Mesra.
Dalam Murai Batu dan ramai peminat mereka mempercayai statement yang pernah dikeluarkan pasangan ini sebaik saja tamat AF8, Murai Batu tiba-tiba didatangi seorang awek gebu yang boleh dikategorikan sebagai kawan baik kepada kedua-dua bintang ini.
Menurut awek gebu tersebut, Ain dan Maulana sekarang ini sudah pun bermasam muka dan tidak lagi boleh bertemu. Yang penting, jika bertemu pasti ada saja kerenah pelik yang dilakukan mereka. Lebih kurang macam berlakunya hempas-hempas barang merata tempat.
Difahamkan, Mereka juga dikatakan sedang bergaduh dan tidak lagi menjadi pasangan kekasih. Ish,ish..pelik pulak Murai Batu mendengarnya. Bila masa pulak dia orang berdua ni couple.
Apapun, tambah si sumber ini lagi, punca mereka berdua ini datangnya dari sikap Ain yang telah berubah dan semakin teruk atau kronik.Dah takde ubat ke? Malah, Ain juga dituduh sebagai seorang wanita yang cuba mengawal gerak-geri Maulana. Yeke?
Disamping itu, Murai Batu juga dapat tahu, semasa mereka ini menjadi pasangan kekasih, ada insiden yang pernah berlaku kepada Ebi dan Mila terjadi. Alahhh...tak ingat ke insiden ludah meludah tu..Namun, pasangan ini tidaklah kearah meludah tetapi lebih kepada pukul -memukul. Teruk ke?
Namun, selepas berlaku insiden gaduh ini, mereka masih lagi bersama disebabkan masa tu mereka sedang hangat bercinta. Macam orang kata, kalau dah sayang tu, kentut pun bawa wangi. Heheh..
Yang penting, walaupun dalam menjalani Ramadan, Murai Batu kenalah korek supaya kesahihan adakah benar mereka sudah putus dan sejak bile pula mereka declare.